Radius One

An Award-Winning Malaysian Production House

Cina Buta

Cina Buta

Sharnaaz dan Mia Sara adalah sepasang suami isteri berumur awal 30an yang telah mendirikan rumahtangga selama 5 tahun. Mereka masing-masing mempunyai syarikat hiasan dalaman sendiri. Ini disebabkan mereka sering bercanggah pendapat dan masing-masing bersikap ego dan panas baran. Mereka sering bergaduh dan telah bercerai sebanyak dua kali. Namun disebabkan perasaan sayang, mereka berdua rujuk semula.

Pada satu hari, sekali lagi mereka bergaduh disebabkan perkara remeh. Pergaduhan itu mula menjadi besar disebabkan masing-masing mengungkit kesalahan masing-masing. Disebabkan marah, sekali lagi Sharnaaz telah melafazkan cerai kepada Mia Sara. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata, badan binasa. Sharnaaz mula menyesal dan cuba memujuk Mia Sara. Namun Mia menolak. Sharnaaz terpaksa akur dan dia terpaksa keluar dari rumah itu dan dia tinggal bersama kawannya, Ajis. Mia Sara pula terus tinggal di rumah itu.

Setelah bercerai, Sharnaaz mula rindukan Mia Sara dan dia mula sedar yang dia sangat sayangkan Mia Sara. Sharnaaz cemburu apabila Mia mula berhubungan dengan lelaki lain. Mia pula sudah muak dengan sikap Sharnaaz. Mia Sara menyuruh Sharnaaz menerima takdir mereka walaupun sukar. Sharnaaz terpaksa akur walaupun dia amat kecewa dan sedih. Untuk mengubati kesedihannya, Sharnaaz mahu berhijrah ke luar negara… tetapi dia mengubah rancangannya apabila bertemu dengan seseorang.
Mia Sara masih belum mampu melupakan Sharnaaz. Namun life must go on. Satu hari, Mia Sara berkenalan dengan seorang lelaki di perkarangan masjid. Lelaki yang kacak dan kaya bernama Aliff Syukri itu menarik perhatian Mia Sara disebabkan dia seorang yang amat merendah diri dan pemalu. Amat berbeza dengan kebanyakan lelaki kaya dan kacak yang lain. Dia seorang yang amat pemalu, akaun medsos pun tak ada. Setelah berkenalan selama dua bulan, Aliff Syukri membawa Mia Sara bertemu dengan ibu bapanya. Ibu bapanya juga sangat baik dan merendah diri.

Mia kini isteri Aliff. Dia mula belajar untuk manyayangi suami barunya. Mia melayan Aliff dengan baik. Perkara itu mebuatkan Aliff mula menyayangi Mia Sara. Hubungan mereka berdua menjadi semakin rapat dan mesra. Sikap Aliff yang penyabar dan romantik itu amat berbeza dengan sikap Sharnaaz.

Namun, ada sesuatu yang misteri mengenai Aliff. Dia kerap keluar rumah waktu petang dan pulang lewat malam atas alasan bisnes. Mia mula ingin tahu kerana Aliff tak suka bercakap mengenai hal kerja. Waktunya di rumah banyak dihabiskan di dalam bilik kerjanya.
Habibah pula muncul. Gadis sederhana yang juga mencintai Aliff.

Apakah rahsia yang disimpan oleh Aliff? Siapakah Habibah? Dapatkah Sharnaaz mendapatkan Mia Sara semula?
Nantikan ‘Cina Buta’ di Astro bermula November ini…

Produced by: @radiusone_official @drama_radiusone
#radiusone #radius1 #radius1tv #radiusone_official #drama_radiusone

Producer: Fazli Baharom : @fazli_radiusone
Producer/Director/writer: @budakijat
Executive Producer: @hakhisham

CAST
Mia Sara: @nad.zainal
Shanaz: @ungkuismailaziz
Aliff: @iamaliffaziz
Habibah: @puteriaishahofficial
Norreen: @norreen143
Ajis: @anasridzuan
Umar: @amanazizofficial
Datin Seri: @ladydidiemsia

PRODUCTION TEAM
Assistant Director: @ucheefukada
Production Manager: @rian_shain
Assistant PM: @sopecbernyawa
Conti: Nabil
DOP: @malekhue
2nd camera: @ribenashah
Assistant Cam: @zenmzzi
Sound: @yadmessi
Light: @yongmunkeet
Assistant light: @alidfreakie93
Art: @owensaiful
Prop: @khairy_amrihuzairi99
Wardrobe: @farahkhan7404
Assistant wardrobe: @nxrnxshx
MUA: @imanali71
Handy: @amir_husaini94
Runner: @Mirulhasan
Production assistant: @dayangku_

POST-PRODUCTION
Online Editor: @nik_faizal93
Offline Editor: @laila_izaity

NEW MEDIA
Content Creator:
@azrulanuwar
@eykahrahim_
@syazwinx
@sxifxtul

OST
Composer: @amyleaazizan