PRODUKSI

Pengarah: Shahrulezad Mohameddin.
Dikemas kini kali terakhir: 06 September 2009 06:24 AM
-
Sinopsis
Tari Tirana menyusuri perjalanan hidup penuh dramatis, muzikal dan semestinya gerak tari, seorang gadis muda yang baru menempatkan diri di dalam kolej tempatan, Tirana (Wan Sharmila). Dia berasal dari Singapura dan menjalinkan hubungan dengan penyanyi pop terkenal, Ash (Shahz Jazle). Hubungan mereka telah terjalin lama sebelum Ash meniti populariti di dalam bidang nyanyian.
Namun hubungan cinta antara Ash dan Tirana mendapat halangan besar dari Vee, pengurus Ash yang terpaksa menghalang Ash dari menjalin hubungan dengan mana-mana gadis untuk memastikan Ash sentiasa popular di kalangan peminatnya, dan juga untuk memastikan Ash fokus kepada kerjaya seninya. Mereka juga mendapat halangan besar dari ayah Tirana, Tajudin yang mempunyai perancangan besar agar anaknya menjadi seorang peguam yang terkemuka sepertinya. Malah dia juga cuba untuk menjalinkan hubungan Tirana dengan Ryan yang belajar di London.
Jalan cerita menjadi rancak apabila Tirana berjaya membawa diri ke Kuala Lumpur tanpa pengetahuan ayahnya. Di sana dia menyambung pengajian di Universiti Lim Kok Wing, dan mula menjadi akrab dengan dan . Tirana juga mula berminat dengan bidang tarian dan teruja untuk meneruskan impiannya. Satu langkah permulaan adalah dengan menyertai kumpulan tarian yang dianggotai oleh Chika (Nadia Aqilah Bajuri) dan kekasihnya Neo (Ammar Alfian Aziz) di kolej.
Namun Chika cuba menghalang Tirana dari menyertai kumpulannya kerana dia merasa terancam dengan bakat yang Tirana miliki dalam bidang tarian. Keadaan menjadi lebih buruk apabila Chika mendapati Neo kelihatan mesra dengan Tirana. Maka, bermulalah drama perhubungan bersegi-segi dari sini.
Tirana tetap bersemangat untuk meneruskan cita-citanya dan tidak berputus asa. Dia seterusnya menubuhkan kumpulan tarian nya sendiri. Namun, ahli kumpulannya terdiri dari mereka-mereka yang tidak pandai menari dan juga mereka-meraka yang selalu ditolak oleh Chika dari menyertai kumpulannya. Perjuangan Tirana berterusan sehinggalah ke pertandingan akhir satu pertandingan tarian yang terbesar di kolejnya.
Teruskan menonton Tari Tirana setiap Selasa, jam 9 malam bermula 25 Ogos 2009 melalui slot Lestary, hanya di TV3 dan nantikan kesudahan cerita penuh dramatik, penuh muzikal dan penuh gerak tari yang menarik dan mengasyikkan. Adakah Tirana akan berjaya mencapai cita dan cintanya? Jangan ketinggalan juga untuk menyaksikan penampilan istimewa dan kejutan dari Radius One Sdn Bhd. Apa dia? Kena tengok lah!

