PRODUKSI

Pengarah: Isma Yusoof/ Megat Shahrizal.
Dikemas kini kali terakhir: 27 Ogos 2009 08:17 AM
- Mengikut turutan abjad.
-
Seperti namanya, Anggun merupakan seorang gadis yang muda dan periang. Dia amat yakin dengan setiap keputusan yang dibuatnya. Anggun mempunyai personaliti yang baik. Anggun merupakan anak tunggal di dalam keluarganya, dan ini menyebabkan dia begitu bertanggungjawab dan mudah berdikari. Ibunya telah meninggal semenjak dia masih kecil lagi. Kerana itu dia manja dengan bapanya dan atas sebab yang sama, dia memahami Puteh. Namun, perasaannya terbahagi dua. Anggun merupakan teman wanita kepada Puteh namun dia sering didesak oleh Merah sehinggakan dia rasa serba salah untuk menolah Merah.Dira Abu Zahar .... Anggun -
Hairul Azreen .... Beego -
Noris Ali .... Hana -
Wan Sharmila .... Iman -
Sharudin Thamby .... Jehan -
June mempunyai perwatakan yang materialistik dan tidak sensitif dengan perasaan orang lain malah dia sendiri tidak faham akan perasaannya sendiri. Agenda utama adalah untuk menikmati kekayaan dengan cara menggoda dan mendapatkan lelaki yang berharta dan kaya. June merupakan teman wanita kepada Merah walaupun Merah sebenarnya sedikit pun tidak menyimpan perasaan cinta pada June. June juga merupakan seorang yang gedik dan gila membeli belah. Walaubagaimana pun dia tidak sedar bahawa dia telah dipergunakan oleh Mulan dan Mastura untuk mencapai niat buruk mereka. Akhirnya, June diselubungi penyesalan atas tindakannya bersubahat secara tidak langsung dengan Mulan dan Mastura.Ainul Aishah .... June -
Merupakan ibu kandung kepada Merah, dan bersama suaminya membesarkan Puteh, anak tirinya. Walaubagaimanapun, Mastura menyimpan agenda tersendiri untuk memiliki harta milik suaminya. Dengan itu Mastura bersepakat dengan Mulan untuk menjayakan agendanya. Sedangkan Mulan juga punya agenda tersendiri.Tania Zalina Zainal Abidin .... Mastura -
Merah merupakan abang kepada Puteh. Berlawanan dengan cerita asal Bawang Merah Bawang Asal, Merah merupakan seorang yang penyayang dengan adik nya Puteh walaupun dia sedar ibunya sangat membenci Puteh. Walaupun begitu, dia merupakan seorang yang keras kepala dan panas baran. Dia sanggup melakukan apa saja untuk adiknya, Puteh. Merah merupakan anak orang kaya yang bersikap sederhana, tidak terlalu menunjuk dan rendah diri. Merah sangat disayangi dan dimanja oleh ibunya, Mastura. Dia merupakan seorang yang popular di kolejnya atas sebab status dan rupa paras yang menarik.Zahiril Adzim .... Merah -
Nadia Aqilah Bajuri .... Mulan -
Puteh merupakan seorang yang pendiam dan tidak banyak membantah walaupun dia selalu diperlakukan dengan kasar oleh ibu tirinya. Puteh mempunyai minat artistik yang mendalam terhadap seni lukis. Puteh gemar bersendiri dan tidak pandai bercampur gaul secara sosial tidak seperti abangnya, Merah. Dia cuma bercakap apabila perlu sahaja. Personaliti dan tingkah laku antara Puteh dan Merah adalah sangat bertentangan. Namun, apa yang penting Puteh juga sayangkan abangnya, Merah. Seumur hidupnya, Puteh tidak pernah walau sekali pun berjumpa dengan ibu kandungnya sendiri.Ellyas Abdullah .... Puteh -
Ridzuan Hashim .... Yusoff

