BUZZ
Sindarela, versi fantasi ala-Cinderella
Oleh
| 26 Februari 2008 04:31 AM
06-02-2008 10:30:48 AM
oleh WAHIDA ASRANI
DRAMA-DRAMA arahannya sebelum ini sentiasa berjaya mendapat tempat di hati penonton, seperti Seputih Qaseh Ramadhan, Emil Emilda dan Kerana Cintaku Saerah yang pernah disiarkan di kaca televisyen tidak lama dulu.
Terbaru, Shahrulezad Mohamadi menghasilkan pula drama bersiri 26 episod berjudul Sindarela, yang diangkat daripada sebuah kisah fantasi popular kanak-kanak, Cinderella.
Drama terbitan Radius One Production ini yang telah pun mula ditayangkan di TV3 menerusi slot Lestary semalam menampilkan pelakon-pelakon hebat seperti Sharifah Amani, Bront Palarae, Mustafa Kamal, Ifa Radziah, Eira Syazira, Remy Ishak, Wan Sharmila dan Noorkhiriah.
"Saya sudah fikirkan tentang idea ini sejak tahun lepas lagi. Ketika itu, saya fikir sama ada untuk hasilkan drama berdasarkan cerita asal Cinderella dan dimodenkan, atau cetuskan versi sendiri.
"Apa yang pasti, hanya 20 peratus saja elemen kisah Cinderella yang saya kekalkan dalam drama ini seperti adik-beradik tiri, kasut, kerabat diraja dan 'putera impian', manakala plot drama ini adalah berbeza.
"Malah, karektor Sindarela yang saya paparkan juga bukanlah seperti mana yang digambarkan di dalam kisah fantasi itu kerana drama ini saya gambarkan Sindarela sebagai seorang yang 'tomboy'," ujar Ezad yang ditemui pada sebuah majlis khas memperkenalkan barisan pelakon Sindarela, baru-baru ini.
Ezad (belakang, kiri) bersama barisan pelakon Sindarela
Episod pengenalan Sindarela mengisahkan dua plot cerita yang berbeza mengenai kehidupan rakyat biasa bernama Zoela dan kerabat pemerintah kerajaan Indraputra.
Zoela (Nani) merupakan seorang gadis tomboy yang menuntut di sebuah pusat pengajian terkemuka di dalam jurusan grafik.
Sementara itu, pemerintah kerajaan Indraputra, Tengku Adnan (Mustafa Kamal) diserang penyakit misteri tetapi punca masalah kesihatannya masih tidak diketahui.
Tengku Adnan mempunyai seorang isteri, Zohara Gani Batista (Ifa Raziah) dan dua orang anak tiri bernama Tasha (Wan Sharmila) dan Tushee (Eira Syazira).
Konflik kekeluargaan dan perebutan harta di dalam kerajaan Indraputra menambahkan lagi tekanan kepada Tengku Adnan yang sedang sakit.
Konflik bermula apabila Zoela mendapat tahu bahawa dia mewarisi harta peninggalan bapanya itu yang mana Zoela merupakan anak kepada Tengku Adnan dan Serimah hasil perkahwinan mereka secara rahsia 20 tahun yang lalu.
Walaubagaimanapun, untuk mendapatkan harta yang diwarisi itu, Zoela terpaksa tinggal bersama ibu dan dua orang kakak tirinya yang seringkali menindas gadis tersebut.
Sembilan buah episod drama bersiri ini sudah pun selesai menjalani penggambaran. Menurut pengarah berusia 35 tahun ini lagi, penghasilan drama Sindarela ini tidak begitu sukar buatnya memandangkan dia juga bertindak selaku penulis skrip.
"Bagi saya, meskipun ia adalah berdasarkan kisah fairy tale, tetapi ia cukup menyeronokkan. Lagipun, saya memang seorang yang suka 'berangan' dan buat cerita seperti ini membolehkan kita turut sama berfantasi.
"Idea cerita ini juga tidak terhad kerana saya mengambil pendekatan untuk mencipta versi saya sendiri dan hanya kekalkan sedikit saja konsep yang lebih kurang sama dengan Cinderella.
"Apapun, versi saya tetap paparkan kisah percintaan dan akan ada juga konflik cinta tiga segi yang wujud kelak.
"Begitu juga dengan pemilihan pelakon yang saya rasakan mempunyai kekuatan tersendiri. Saya diberi kebebasan oleh pihak TV3 untuk memilih barisan pelakon dalam drama ini dan mereka memang berjaya menghidupkan watak masing-masing dengan baik," kata Ezad.
Dipetik dari MStar Online
- Respon Anda
- Sila log masuk untuk menghantar komen.
-
Drama siri tarian pertama di TV3, "Tari Tirana"
27 Ogos 2009 08:53 AM -
Jadi Kamu Fikir Kamu Boleh Menari?
25 Ogos 2009 08:05 AM -
Bawang Merah Bawang Putih versi lelaki
25 April 2009 02:11 AM -
Merah Puteh: Drama Baru. Sentuhan Baru. Muka Baru.
18 Mac 2009 -
Borak Lokasi: 13 tahun di belakang tabir
07 November 2008 06:36 PM -
Borak Lokasi: Dunia Melayu aura Perancis
07 November 2008 06:30 PM -
Borak Lokasi: Ikhwan gementar jadi pengarah seni drama
07 November 2008 06:30 PM -
Sindarela, versi fantasi ala-Cinderella
26 Februari 2008 04:31 AM -
Nani, si Cinderella 'tomboy'!
02 Februari 2008 10:09 PM -
Di mana Sharlinie?
22 Januari 2008 07:02 AM

