BUZZ
Jadi Kamu Fikir Kamu Boleh Menari?
Oleh
Junaidi Abu Bakar | 25 Ogos 2009 08:05 AM

Kalau sebelum ini, Radius One telah memodenkan cerita dongeng, menambah perisa dalam bidang masakan, menyingkap kisah korporat, mengupas kisah antara dua darjat, merentas desa dan membelah kota; kali ini Radius One memberanikan diri untuk tampil pula dalam satu lagi bidang yang jarang disentuh oleh produksi drama televisyen di Malaysia, tarian. Arahan dan tulisan skrip tidak lain tidak bukan adalah sentuhan kreatif Shahrulezad Mohameddin, dan skrip dibantu oleh Sofea, pendatang baru dalam bidang penulisan skrip.
Tetapi drama yang akan tampil tidak berapa lama lagi ini akan menyentuh versi tarian yang banyak mempengaruhi dunia remaja semasa, iaitu jenis gaya jalanan atau lebih dikenali sebagai street style. Anda pasti akan terhibur dengan drama yang ditampilkan yang akan diselitkan dengan pelbagai jenis tarian termasuklah salsa, hiphop, balet dan sebagainya. Lebih menarik lagi apabila unsur-unsur tarian ini digabungkan menjadi satu tarian fusion. Bayangkan setiap episod ada tarian!
Seperti yang diketahui, Radius One banyak menaikkan nama baru dalam industri lakonan atau paling tidak banyak menyumbang ke arah perkembangan seni bintang-bintang yang kurang dikenali sebelumnya. Bintang-bintang ini termasuklah Isma Yusoof, Wan Sharmila, Remy Ishak, Dira Abu Zahar dan Nadya Aqilah yang asalnya (dan masih) merupakan anggota kumpulan Luscious.
Radius One juga agak terkenal dengan penggunaan pelakon-pelakon yang sama dalam setiap drama terbitannya. Tetapi kali ini, hanya sebilangan kecil sahaja yang pernah bekerja dengan Radius One sebelum ini. Rata-rata pelakon yang akan tampil dalam drama terbaru ini merupakan wajah baru yang mempunyai harapan cerah untuk bersinar dan memeriahkan lagi industri seni tanahair.
Ada yang tidak pernah langsung mempunyai pengalaman berlakon di hadapan kamera. Ada yang pernah muncul dalam rancangan realiti tv. Ada yang memang sentiasa kelihatan dalam scene tarian hiphop dan street style tempatan. Ada yang pernah bekerjasama dengan penari Madonna! Ada yang pernah menjaid koreografer So You Think You Can Dance. Ada yang pernah menjadi finalis pencarian bakat anjuran majalah tempatan. Anda ingin tahu siapa mereka? Nantikan tidak lama lagi secara eksklusif di RadiusOne.Com.My.
Ingin tahu lebih lanjut tentang drama terbaru terbitan Radius One ini? Teruskan mengunjungi laman web RadiusOne.Com.My.
- Respon Anda
-
Admin Terima kasih, laura...
nanti dtg lagi...
banyak lagi akan dtg ke laman web radiusone...
dan jgn lupa tonton Tari Tirana di TV3 k!!! 27 Ogos 2009 -
aleend actually i baru perasan kewujudan citer nie n br jer hbs tengok cite nie smpai epi2. n now,mcm dah addicted n tak sabar nak tgu next epi...can i knw,how many epi for ths drama?? 02 September 2009 01:16 PM
- Sila log masuk untuk menghantar komen.
-
Drama siri tarian pertama di TV3, "Tari Tirana"
27 Ogos 2009 08:53 AM -
Jadi Kamu Fikir Kamu Boleh Menari?
25 Ogos 2009 08:05 AM -
Bawang Merah Bawang Putih versi lelaki
25 April 2009 02:11 AM -
Merah Puteh: Drama Baru. Sentuhan Baru. Muka Baru.
18 Mac 2009 -
Borak Lokasi: 13 tahun di belakang tabir
07 November 2008 06:36 PM -
Borak Lokasi: Dunia Melayu aura Perancis
07 November 2008 06:30 PM -
Borak Lokasi: Ikhwan gementar jadi pengarah seni drama
07 November 2008 06:30 PM -
Sindarela, versi fantasi ala-Cinderella
26 Februari 2008 04:31 AM -
Nani, si Cinderella 'tomboy'!
02 Februari 2008 10:09 PM -
Di mana Sharlinie?
22 Januari 2008 07:02 AM

